Saturday, April 19, 2008

Kisah Mohamad Chea

Hari ini saya ingin berkongsi tentang seorang mualaf bernama Mohamad Chea. Muhamad Chea merupakan seorang mualaf yang baru sahaja masuk Islam. Saya berjumpa dengannya atas permintaan seorang sister untuk mengajar tentang asas-asas fardhu ain bagi seorang Muslim.

Pertemuan dengannya cukup memberi kesan kepada hidup saya. Kadang-kadang hujah sahaja untuk memberi kefahaman Islam yang sebenar dan keindahan Islam tidak cukup dengan kata-kata. Namun ia perlu dihiasi dengan akhlak yang terpuji dan sedia menghulurkan pertolongan walaupun berlainan agama dan fahaman.

Mohamad Chea menjadi muslim bukan kerana hujah atau melalui kajiaannya. Tetapi Mohamad Chea masuk Islam kerana sifat yang baik yang ditunjukkan oleh orang Islam di sekitarnya.

Kisahnya begini,

Sebelum ini Mohamad Chea hidup senang. Namun satu hari ada musibah yang menimpanya. Ini menyebabkan beliau terpaksa meminta bantuan kawan-kawan untuk terus hidup. Beliau meminta bantuan rakan-rakan sebangsanya. Namun, apa yang beliau dapat hanya kata-kata kasar dari teman.

Lalu satu hari, beliau merayau-rayau. Oleh kerana kelaparan yang amat sangat beliau terpaksa menahan malu meminta duit unutk makan dari seorang lelaki Melayu muslim. Lelaki itu membantunya dan ini membuka mata Mohamad Chea tentang Islam. Sifat baik yang ditunjukkan oleh orang Islam menyebabkan beliau kembali kepada fitrah Islam.

Sekarang Mohamad Chea berada di Hidayah Centre JIM di Wangsa Maju dan sedang mencari pekerjaan. Beliau kadang-kadang menangis kerana bila di beri sumbangan dia takut ia akan di salah ertikan sebagai meminta-minta. Azam beliau kepada saya, beliau akan berusaha agar berjaya dan dapat membantu orang lain juga.

Sekian, secebis kisah sebagai perkongsian.

Wahai da'i, hiasi dakwah mu dengan akhlak mungkin masuknya Islam seseorang melalui mu bukan kerana hujah tapi terpesona dengan akhlak mu yang indah.

JOM DAKWAH!

pungguksiber@hotmail.com
16 Januari 2008

p/s: Bagi menjayakan kempen Marketing Islam diseluruh negara. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan poster kami sila tinggalkan comment anda di blog ini. Kami akan pos kepada anda. Sebelum ini bagi sesiapa yang berminat dan telah sms namun masih tidak dapat. Kami memohon maaf kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.

0 comments: